Mee Kari MakSu

Penghantaran terus kerumah, yang betul-betul panas.

Telekung Hawa kini dipasaran

Dapatkan Telekung Hawa yang berkualiti, mengikut lilitan ukuran wajah anda khas sentuhan pembuatan selepas tempahan.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Oct 7, 2013

Syukur Dulu Dan Sekarang

Alhamdulillah syukur atas nafas pagi Ya Allah, tiada nikmat yang sempurna tanpa izinMu Tuhan Yang Maha Kuasa. 

Itulah SYUKUR saya pada hari ini setelah pulang dari IJI 2013 semudah itu sahaja kita bolehh menunjukkan semua ini hanya 'pinjaman' dariNya. Dulu lafaz ini hanya 3 atau 4 hari sekali dilafaz, mengapa begitu?. Semuanya kerana MATLAMAT telah jelas dan hidup ini penuh amanah, sememangnya amanah itu perlu ditunaikan sepenuh hati. 

Sesiapa yang pernah menghadiri IJI 2013 yang lalu ada tugas perlu dilaksanakan untuk bangsa sendiri, hanya 9000 lebih individu telah hadir menerima ELMU atau kunci pembuka rahsia perniagaan dari Dr Azizan Osman atau saya gelar 'Superb A' mempunyai misi yang amat besar dalam membentuk ekonomi usahawan Melayu baru.

Lihat apa yang saya ada pada ini ialah lebih dari apa yang saya kejar selama ini dan Dia sentiasa beri apa saja yang saya minta. Detik paling bermakna dalam hidup ini ialah ketika dimana saya tidak pernah menyimpan walau 1sen dalam Tabung Haji dan Dia telah menjemput saya ke Madinah dan Makkah sebagi petugas jemaah selama 3 bulan. Anda ingat lagi kata DAO 'Masalah Adalah Peluang' dan saya ketika itu sudah setahun lebih berkahwin, masih belum mempunyai zuriat ketika itu. Pendapatan saya dan wife agak banyak namum saya sering beritahu wife duit yang banyak belum tentu kita dapat jaga seorang anak. 

'Peluang' yang ada ketika itu sebenarnya tiba ketika wukuf di Arafah, gelincirnya matahari selepas zuhur, merasakan seperti 7 lapisan langit terbuka 1 per 1 dan saya telah mengadu segala masalah saya padaNya. Rupa-rupanya masalah itu adalah peluang untuk saya lebih dekat padanya iaitu melalui SYUKUR. Pulangnya saya selepas 3 bulan di Madinah dan Makkah isteri saya berhajat untuk berhenti kerja dan berita itu amat mengembirakan saya kerana adalah tanggungjawab saya untuk memberinya nafkah. Sesuatu yang sempurna telah berlaku selepas 1 minggu isteri saya berhenti kerja, isteri saya telah  mengandung anak pertama. Saya sangat bersyukur permintaan saya didengariNya dan isteri saya sangat gembira.



Kini anak saya Yusuf 'Affan telah pun berusia 2 tahun dan dia juga sudah mempunyai adik Ismail Aryan yang berusia 11 bulan pada hari ini maka syukur saya amatlah berbeza dari dulu dan sekarang kerana saya sentiasa memohon agar nafas ini terus ada dengan izinNya bagi saya melaksanakan tanggungjawab pada amanah yang diberikanNya.

Adakah syukur anda masih sama?. hanya kita yang tahu siapa kita.    

Oct 6, 2013

Dosa Tak Kongsi Elmu (Hukum Perniagaan) - DAO

          Setelah hampir 2 tahun saya follow DAO banyak benda yang saya belajar, walaupun hadir sesi percuma banyak input yang masuk. Pertama kali saya pergi seminar DAO seingat sayalah ialah pada Mac 2012 (Seminar Marketing Power) dan 2 bulan lepas tu saya benti kerja selama bertahun jadi bos..bos lah sangat. Pada awalnya memang susah nak bagitau orang yang kita telah masuk bidang perniagaan, macam-macam yang saya dengar tapi bak kata DAO itu semua yang kat sungai Melaka tu. 

          Perniagaan tidaklah menjadi seperti yang yang dirancang namun saya faham bukan mudah untuk berjaya. Saya terus ikuti seminar-seminar percuma DAO sehinggalah DAO katakan 'saya nasihatkan jangan berhenti kerja dahulu, buat perniagaan secara sampingan, dah stabil terpulanglah'. Masalahnya (adalah peluang) ialah saya dah resign dulu.. :D ..tapi saya tak kisah sebab dengan bakat yang saya ada dimana-mana saya boleh bekerja. 

            Apa yang ingin saya kongsi disini ialah 'jangan pernah menyesal dengan apa yang anda lakukan untuk masa depan'. Betul tak mudah namun ianya tidak susah. Dan dalam beberapa bulan lagi saya akan pecat bos saya buat kali ke-2 dalam tempoh 18 bulan setelah saya berjaya melangkah ke Insentif Jutawan Industri 2013 yang lalu. Matlamat sudah jelas, jangan anggap orangtahu apa yang kita tahu. - DAO  

Mee KAri MakSu dan Telekung Hawa



Assalamualaikum semua, 

Ini adalah 2 projek yang sedang berjalan pada masa sekarang. In shaa Allah sedang membina database melalui fb dan beberapa medium lain. 

Insentif Jutawan Industri 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam jutawan salam kejayaan.

Syukur atas dengan izinNya maka saya berjaya menggunakan sedikit elmu dari sebahagian besar pengalaman saya. Nama saya Ibrahim Salleh, berpengalaman 9 tahun dalam bidang ICT. 'Berdosa' jika saya tidak memanafaatkan elmu pengalaman saya dalam bidang ICT kepada yang memerlukan.

Hari ini saya berhasrat membantu jutawan-jutawan lain yang mempunyai blog untuk menaiktaraf laman blog mereka dengan kepakaran saya. Tidak perlu mempunyai domain sendiri lagi bak kata DAO kita mulakan dengan apa yang kita ada, boleh-boleh?.

  Kepada yang berminat inginkan blog seperti ini sila PM saya untuk maklumat lanjut.