Oct 7, 2013

Syukur Dulu Dan Sekarang

Alhamdulillah syukur atas nafas pagi Ya Allah, tiada nikmat yang sempurna tanpa izinMu Tuhan Yang Maha Kuasa. 

Itulah SYUKUR saya pada hari ini setelah pulang dari IJI 2013 semudah itu sahaja kita bolehh menunjukkan semua ini hanya 'pinjaman' dariNya. Dulu lafaz ini hanya 3 atau 4 hari sekali dilafaz, mengapa begitu?. Semuanya kerana MATLAMAT telah jelas dan hidup ini penuh amanah, sememangnya amanah itu perlu ditunaikan sepenuh hati. 

Sesiapa yang pernah menghadiri IJI 2013 yang lalu ada tugas perlu dilaksanakan untuk bangsa sendiri, hanya 9000 lebih individu telah hadir menerima ELMU atau kunci pembuka rahsia perniagaan dari Dr Azizan Osman atau saya gelar 'Superb A' mempunyai misi yang amat besar dalam membentuk ekonomi usahawan Melayu baru.

Lihat apa yang saya ada pada ini ialah lebih dari apa yang saya kejar selama ini dan Dia sentiasa beri apa saja yang saya minta. Detik paling bermakna dalam hidup ini ialah ketika dimana saya tidak pernah menyimpan walau 1sen dalam Tabung Haji dan Dia telah menjemput saya ke Madinah dan Makkah sebagi petugas jemaah selama 3 bulan. Anda ingat lagi kata DAO 'Masalah Adalah Peluang' dan saya ketika itu sudah setahun lebih berkahwin, masih belum mempunyai zuriat ketika itu. Pendapatan saya dan wife agak banyak namum saya sering beritahu wife duit yang banyak belum tentu kita dapat jaga seorang anak. 

'Peluang' yang ada ketika itu sebenarnya tiba ketika wukuf di Arafah, gelincirnya matahari selepas zuhur, merasakan seperti 7 lapisan langit terbuka 1 per 1 dan saya telah mengadu segala masalah saya padaNya. Rupa-rupanya masalah itu adalah peluang untuk saya lebih dekat padanya iaitu melalui SYUKUR. Pulangnya saya selepas 3 bulan di Madinah dan Makkah isteri saya berhajat untuk berhenti kerja dan berita itu amat mengembirakan saya kerana adalah tanggungjawab saya untuk memberinya nafkah. Sesuatu yang sempurna telah berlaku selepas 1 minggu isteri saya berhenti kerja, isteri saya telah  mengandung anak pertama. Saya sangat bersyukur permintaan saya didengariNya dan isteri saya sangat gembira.



Kini anak saya Yusuf 'Affan telah pun berusia 2 tahun dan dia juga sudah mempunyai adik Ismail Aryan yang berusia 11 bulan pada hari ini maka syukur saya amatlah berbeza dari dulu dan sekarang kerana saya sentiasa memohon agar nafas ini terus ada dengan izinNya bagi saya melaksanakan tanggungjawab pada amanah yang diberikanNya.

Adakah syukur anda masih sama?. hanya kita yang tahu siapa kita.    

0 comments:

Post a Comment